Dia itu, apabila kasih dan rindunya mengalir pada seorang laki-laki yangbergelar suami, maka akan menerbitkan seribu keindahan dalam taman jiwanya,membariskan sejuta kasih sayang, dan membentang hamparan rasa, juga membubudegup sebuah keimanan.
Seorang wanita itu, apabila dirinya dilihatoleh sepasang mata bergelar suami yang cukup menyayanginya, dia akan terpakumalu, kemerahan di lesung pipinya, hati bagai dicandu, matanya dipuput mekaldengan ketaatan, dan itu adalah cetusan memuncak bagi perasaan cinta seoranglelaki yang bergelar suami. Wanita itu akan selalu berada dalam jiwanya.
Bagi seorang suami, isteri yang solehahitu adalah perkara yang paling utama dalam hidup. Dialah penyeri dihati, pelembutbagi jiwa, penawar ketika sakit, ubat yang sangat berharga, dan nikmat dariAllah s.w.t yang paling besar dalam diri seorang laki-laki, kerana dia hadiruntuk mencurah rasa ketenangan dan kesenangan dalam taman jiwa seorang lelaki.
Inilahpandangan Islam terhadap seorang wanita yang bergelar isteri. Penyeri rumah tangga sang suami. Perkahwinan telah meleturseribu satu macam pengisian dalam jiwanya, juga mengajarkan bahawa Islam begitumemandang tinggi nilai dan darjat seorang wanita dalam bibit kehidupanperkahwinan.
Bertitik tolakdari nilai yang tinggi ini, seorang peribadi muslimah tidak akan menjualdirinya dengan harga yang murah untuk mendapatkan harga sebuah kasih sayang.Kehormatannya dipelihara dengan aman dan menghias dirinya dengan keperibadiangadis muslimah yang sempurna.
Seorang laki-lakimuslim adalah mereka yang memilih kesempurnaan, namun tidaklah meletakkankesempurnaan itu pada paras kecantikan, keindahan tubuh badan, serta harta, danpangkat kekayaan. Justeru peribadi muslim akan meletakkan suatu ukuranpada hati, jiwa dan keperibadian seorang muslimah.
Ia bahkan mencari seorangwanita yang menghias diri dengan sifat-sifat Islami yang tinggi dan mampumewujudkan kehidupan rumah tangga yang indah dan tenteram.
Al-Quran telahmenggambarkan hubungan ini sebagai suatu yang fitrah dan abadi diantara duainsan yang berbeda ini. Seperti mana dalam surah ar-Rum ayat 21:
(Dan di antaratanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri darijenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dandijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikianitu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir)
Sesungguhnyafitrah penciptaan seorang wanita itu adalah dari sisi para suaminya. Supaya si suami mampu dideriakan dengan rasa fitrah (mahabbah danrahmah). Fitrah itu adalah kecenderungan untuk melahirkan kasih sayangterhadap wanita miliknya.
Fitrah ini adalahkimia yang terjalin dalam sebuah hubungan jiwa. Jiwa seorang adam untukcenderung kepada seorang hawa yang dicipta untuknya. Jiwa seorang hawa pula adalahuntuk merasakan ketenteraman ketika berada bersama dengan seorang adam yangdikasihinya. Ia adalah sebuah ikatan kimia yang diadun dengan rasacinta dari Tuhan yang Maha Pencipta, yang berkuasa untuk melahirkan perasaanfitrah yang begitu suci dan luhur itu.
Maka, KehendakAllah s.w.t telah mengikat antara dua jiwa ini agar keduanya merasakanketenangan, ketenteraman dan kesenangan di dalam rumah tangga yang indah danmenyenangkan, yang dipenuhhi dengan cinta yang tulus dan kasih yang tiadaakhirnya.
Rasulullah s.a.wmenegaskan dalam banyak wasiat baginda bahawa kecantikan bukanlahkayu/pangkal ukuran yang sebenarnya, tetapi kecantikan juga merupakan ciri yangtermasuk dalam sifat utama yang dicari oleh laki-laki dan wanita yang solehah.Antaranya nasihat Baginda s.a.w kepada Ibnu Abbas:
"Mahukah akuberitahumu tentang sebaik-baik perkara yang dimiliki oleh seseorang?Yaitu wanita solehah yang apabila melihat kepadanya akan menyenangkanmu,dan apabila kamu menyuruhnya ia akan taat, dan apabila pergi darinya ia akanmenjaga hak suaminya."
(Riwayat al-Hakim)
Ini merupakan diantara pesanan Rasulullahs.a.w kepada para muslimin Juga ia agar pernikahan mereka didasari dengankeseimbangan antara jasad, ruh, akal, jiwa dan emosi, agar kasih sayang menjadikukuh dan tidak goyah apabila dicabar dengan kekerasan jiwa.
Juga merupakan kunci rahsia kepada pembangunan sebuah rumah tangga yang menjaditempat tumbuhnya generasi muslimin, melahirkan kepahlawanan dan melahirkananak-anak zuriat yang genius.
Seorang yang bernama wanita itu tidakdilahirkan dalam fitrah yang bersifat individualistik, bahkan dialahir dari sebuah kondisi jiwa yang tidak lurus sifatnya, cenderung kepada hawanafsu, kerana fitrah akalnya selalu lemah dan mudah ditewaskan oleh nafsu danemosi.
Maka itu, Wanita tidak dapat lari darikecenderungannya terhadap kehadiran seorang lelaki dalam hidup, itulah fitrahseorang wanita. Dia dilahirkan untukditenangkan oleh kasih sayang dari seorang suami. Telah berwasiat Rasulullahs.a.w:
"Berwasiatlahkamu kepada wanita dengan wasiat yang baik, kerana wanita diciptakan daritulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok sekali adalah yang tersusunpaling atas (dalam struktur tulang rusuk manusia), kalau engkaumeluruskannya, engkau akan mematahkannya, dan jika engkau biarkan, iaakan tetap bengkok, maka berwasiatlah kepada para wanita dengan wasiatyang baik."
(Riwayat Bukhari& Muslim)
Alangkahbesarnya perhatian Rasulullah s.a.w terhadap fitrah para wanita ini. Maka, hati seorang lelaki harus terbina atas pemahaman yang mendalamterhadap jiwa seorang wanita dan sifatnya. Seorang suami tidak boleh lari daribertoleransi terhadap kesalahan isterinya, dan akan banyak menerima kekhilafandari isteri sejajar dengan tabiat dan fitrahnya.
Dengan demikian,kehidupan rumah tangga mereka akan terasa aman, tenang dan bahagia. Tiadapertengkaran yang akan menghalang dalam kehidupan perkahwinan mereka kerana sisuami begitu memahami hati dan jiwa isterinya.
Orang beriman yang paling sempurna imannya adalahyang paling baik akhlaknya, dan laki-laki yang terbaik dikalangan manusiaadalah seorang suami yang paling baik memberikan layanan terhadap isterinya.